This free script provided by
JavaScript Kit

merdeka...merdeka...merdeka

merdeka...merdeka...merdeka

This free script provided by
JavaScript Kit

Monday, March 19, 2007

Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Selepas Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya di bumi Tanah Melayu, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu. Penjajahan Inggeris tidak diterima oleh rakyat kerana mereka dihantui oleh corak pemerintahan Jepun yang zalim dan kejam.
Kemudian, Inggeris mengatur rancangan untuk menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Malayan Union bukan sahaja ditentang oleh rakyat Tanah Melayu malah Raja-raja Melayu turut menentang. Mereka memulakan penentangan ini dengan berkabung selama seminggu.

Pada 1946, Dato' Onn Jaafar telah menubuhkan 1 kongres bagi semua kumpulan dalam pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) telah ditubuhkan dan dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. UMNO bertujuan untuk menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh Inggeris. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menggantikan tampuk pimpinan UMNO pada 1951. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengetuai 1 rombongan yang mengandungi 4 orang wakil dari Parti Perikatan dan 4 orang lagi wakil dari Majlis Raja-Raja ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu.
Dengan segera, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rombongannya menyampaikan berita gembira mengenai kemerdekaan kepada orang ramai dalam 1 perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka (bandar yang telah menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi) sekembalinya mereka dari London. Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.

Pada detik 12 tengah malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil dan impian yang akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga.
Keesokkannya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu warganegara, Raja-raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair. Akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat dihapuskan.

7 comments:

JU ICT Melaka said...

Tahniah kerana mempunyai blog sendiri dan jangan tamatkan pencarian ilmu anda hanya semasa kursus sahaja....teruskan...Font yang digunakan biarlah orang lain boleh baca

Zoolyani said...

warna background dengan font mestilah sesuai untuk pembaca. Teruskan usaha anda.

norainilatib.berisu said...

Menarik! Teruskan usaha anda.

cikgu rahil said...

usaha yang baik...nice blog..tahniah..banyak info..

kawan said...

tahniah...canggih betul blog awak nie...

Kak Imah said...

Wow...canggih dik blog u.Cuma font tu kasi terang sikit.

sharil skpls said...
This comment has been removed by the author.

This free script provided by
JavaScript Kit

logo hari kebangsaan

logo hari kebangsaan